Inilah video yang aku tonton.
(Tangkap layar)
Inilah video yang aku tonton.
(Tangkap layar)
5 Jun 2026
5 TIPS DALAM BUAT KONTEN
Jam 9.45 pagi 5 Jun aku menikmati cuti aku dengan mencari idea untuk buat konten. Aku mengakui bahawa membuat konten ini caranya senang tapi untuk konsisten itu sukar.
Maka aku dengan santai menekan kata kunci 'content creation' pada papan carian Youtube. Bermacam jenis keluar dan aku memilih video ini kerana ia menarik perhatian aku.
https://www.youtube.com/watch?v=A8PxRHQrLJ8
Video ini dihasilkan oleh Ali Abdaal, seorang pempengaruh dalam bidang pembuatan kandungan yang terkenal.
Dalam video tersebut beliau memberikan 5 tips ringkas beserta isi yang aku dapat:
Meniru dalam menyampaikan kandungan itu biasa. Aku cari menggunakan kata kunci 'content creation' pun sudah berratus malah mungkin sudah beribu kandungan serupa. Hanya personaliti dan cara penyampaian itu yang membezakan suatu kandungan itu sesuai dan serasi tak dengan kandungan yang disampaikan.
Semua kembali kepada individu dan niche yang ingin dibawa.
Zaman AI dalam kerajaan AI yang mahukan setiap masyarakat mahir dalam AI menyebabkan kandungan terjana melambak ke setiap laman Internet sehingga terhasilnya terma content ai slop.
AI slop bagai virus yang merebak kedalam badan Internet sehingga Internet bukan lagi menjadi tempat manusia mencurahkan karyanya. Lantaran itu wujud pula teori dead internet theory di mana kandungan dalam internet akhirnya sekadar kandungan generic yang tiada lagi hasil tangan manusia.
Dalam setiap ancaman ada harapan, manusia kini semakin peka dan mula untuk tidak mencerna kandungan ai slop lantas kembali mencari kandungan dari hasil buatan manusia sendiri.
Pada aku ini antara fasa sukar dalam menjadi pencipta kandungan; menjadi konsisten.
Ali Abdaal berkata jangan harapkan satu kandungan sudah boleh viral. Sekurangnya konsisten buat dan terbitkan kandungan itu secara bersiri selama 3-6 bulan.
Untuk terus konsisten, pastikan kamu enjoy membuat kandungan tersebut dan jangan ambil berat akan jumlah tontonan. Kalau baru buat satu sudah bosan maka lupakan dan cari kandungan yang dekat di hati kamu.
Buat kerana hobi atau kerana inginkan dapat monetization? Itu soalan pertama dalam untuk menjadi content creator.
Kalau kerana hobi maka tak perlulah bina jadual, buat strategi hook bagai. Muat naik ikut suka kamu.
Kalau kerana nak jana pendapatan maka bersedialah untuk kerja keras macam seorang pemilik syarikat.
Manusia ini unik kerana masing-masing ada latar belakang, kemahiran, dan pandangan tersendiri.
Bandingkan Ali Abdaal dengan Alex Hormozi, usahawan terkenal dalam membina jualan. Mereka berdua pempengaruh dalam niche serupa tetapi cara penyampaian mereka sungguh berbeza.
Itulah unfair advantage.
Suatu yang kita rasa ia kekurangan barangkali ialah kelebihan yang boleh membawa kita lebih jauh. Maka ubah cara fikir tersebut dan ciptalah.
Baik itu sahaja blog hari ini. Siap menulis dalam satu jam; dari 10 pagi ke 11 pagi secara spontan tanpa gunakan janaan AI.