14 JUN 2025
BAGAIMANA SUATU KARYA ITU DIKIRA SEBAGAI PLAGIARISME?
Baru-baru ini, ada sebuah video dokumentari di Youtube bertajuk:
"Copy + Paste + Steal: Artists Battle For Copyright vs Generative AI | Undercover Asia | Full Episode"
https://www.youtube.com/watch?v=nwxtEvljUZU
Dokumentari tersebut menceritakan tentang isu penjanaan karya oleh AI yang membimbangi para pencipta karya akan pencerobohan harta intelek mereka serta plagiarisme.
Sepertimana yang disebut dalam dokumentari, saya bersetuju yang undang-undang hak intelek boleh dikatakan ada kelompongan di mana pihak berkuasa tidak dapat kenalpasti sama ada karya plagiat itu dikira plagiat atau tidak.
Oleh itu saya ada pandangan dalam bagaimana hendak ketahui suatu karya itu dikira plagiat atau tidak. Ada 3 syarat dan ketiga-tiga syarat ini perlu ada.
1. Watak yang serupa. Sama ada dalam bentuk:
- Bentuk badan
- Gaya fesyen
- Gaya lukisan
2. Komposisi yang serupa
- Contoh: Lukisan asli dalam shot closeup manakala lukisan plagiat pun dalam shot closeup tetapi hanya sekadar flip melintang atau menambah kecerahan pada karya. Itu dikira plagiarisme.
3. Posing yang serupa
Jikalau kedua lukisan adalah sama dari sudut watak dan komposisi namun posingnya adalah berbeza walaupun hanya pada perubahan satu anggota maka ia tidak dikira plagiarisme.
Malahan dikira sebagai lukisan peminat (fan art) sahaja. Jikalau ada peminat yang mampu meniru pengkarya asal maka hargailah & lantiklah beliau sebagai perantis.
Jikalau kedua lukisan adalah sama dari sudut watak dan posing namun shot asli diambil dalam shot closeup tetapi yang 'plagiat' diambil dalam far shot maka ia tidak dikira plagiarisme.
Jadi itulah sudut pandangan saya terhadap plagiarisme lagi-lagi di zaman AI yang mana AI sewenang-wenangnya jana sebuah lukisan menggayakan seseorang pelukis tanpa izinnya.
*Ini adalah pandangan peribadi penulis maka tidak perlu diambil berat. Jikalau ada perbezaan pandangan mahupun bantahan, penulis sedia untuk mendengar. Perkongsian pandangan pada masa kini harus diambil berat bagi mengelakkan sebarang salah faham.