2 Jun 2025
BERBALOIKAH SAYA MELABUR PADANYA?
Itulah perasaan aku apabila berada dalam dilema untuk melaburkan 70 ringgit terhadap sebuah produk digital dari AMAR yang berkisarkan tentang Facebook Monetization.
"Alah 70 je bukan mahal sangat pun..." Pada kalian murahlah tetapi bagi seorang perantau bujang yang bermukim di tengah KL bergajikan cukup untuk menyara diri sahaja, ia sangatlah diambil berat.
Aku terus membelek di laman iklan yang ditawarkan.
Tatal punya tatal kemudian terpaparlah 'An Offer that cannot be Refused"
"105 IDEA KONTEN"
"Alamak... offer idea pula. Nampaknya kenalah aku 'invest'"
Akhirnya aku membelinya dengan penuh keberatan.
-----
Jadi berbalik pada persoalan di tajuk, berbaloikah?
Pada saya yang cuba keluar dari kepompong 'silent readers', ianya sangat berbaloi lebih-lebih lagi pada 105 idea konten yang penulis berikan. Ringkas, padat dan on point.
Saya pernah mohon ChatGPT untuk minta idea konten tetapi ia sungguh generic dan tak ada rasa genuine pada seni penulisannya untuk dikaitkan pada diri saya.
E-buku Facebook Monetization pula secara umum ia menjadi semangat dan motivasi untuk saya berhenti menjadi 'silent reader' dan mula berusaha memberikan kandungan bermanfaat buat netizen.
Terima kasih untuk e-buku ini, AMAR
Bagi sesiapa yang hendak peroleh e-buku Facebook Monetization macam saya lakukan boleh tekan butang di bawah.