Imej komputer sedang buka website. (Gambar Stok)
Imej komputer sedang buka website. (Gambar Stok)
6 Febuari 2026
BUAT WEBSITE SENDIRI BUKANLAH MUDAH
saudagaridris.com adalah sebuah portfolio dan hasil daripada diri ini setelah mencabar diri dalam membina laman web sendiri dari tiada kepada ada.
Segalanya bermula masa zaman tanam anggur setelah graduasi dahulu. Aku ada idea untuk buat bisnes demi untuk ada side income lah katakan.
Lagipun masa itu aku telah ada akaun Shopee & Lazada menjadi ejen dropship. Maka tujuan untuk ada laman web ini juga adalah bagi memusatkan segala saluran niaga kepada satu platform.
Ketimbang melanggan laman web dari penyedia laman web ecommerce macam Shopify dengan Wordpress aku memilih untuk bina laman web sendiri.Â
Ini kerana penyedia-penyedia laman ini perlu bayar langganan secara bulanan. Macamlah aku ada duit sangat masa tu untuk langgan. Lagipun aku masih meragui apakah aku dapat menarik pelanggan ketika itu.
Benda pertama aku belajar dalam membina laman web ialah mereka laman web. Perisian laman web yang aku guna ialah Google Sites, perisian percuma oleh Google bagi yang ingin mereka laman web.
Sepanjang aku guna, ia sangatlah mudah. Prosnya ialah ianya drag and drop tetapi consnya ialah Google Sites hanya sediakan posisi tetap yang mana macam contoh letak gambar, gambar hanya boleh letak pada posisi tertentu.
Reka punya reka akhirnya adalah sudah rekaan laman web sendiri.
Inilah dia laman yang anda sedang baca ini adalah hasil menggunakan Google Sites.