Logo Cakap Jepun
Logo Cakap Jepun
26 Januari 2026
CAKAP JEPUN BERSAMA CAKAP JEPUN
Konnichiwa, 4 bulan lepas dari tarikh artikel ini ditulis saya telah menyertai kelas Bahasa Jepun yang dikendalikan oleh Cakap Jepun.
Cakap Jepun merupakan sebuah pusat tuisyen swasta yang menawarkan kelas Bahasa Jepun kepada sesiapa yang berminat untuk mengenali dan memahami Bahasa Jepun. Di samping itu mereka juga menawarkan khidmat yang berkait dengan urusan belajar ataupun bekerja di Jepun.
Berbalik kepada kelas, Cakap Jepun mempunyai beberapa jenis kelas yang ditawarkan. Kelas yang saya hadiri adalah Tokyo Basic Communication Class. Kelas paling asas untuk mengenali Bahasa Jepun.
Kelas ini dilakukan secara dalam talian setiap minggu beserta dengan dua kali kelas dilakukan secara hibrid yakni boleh datang secara fizikal jika berkemampuan.
Kelas dalam talian yang saya hadiri diadakan pada setiap Selasa jam 8:30 malam sehingga 10:30 malam manakala kelas hibrid pula pada hari Ahad jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Expect the class ends late 15 ke 30 minit kerana sensei to tomodachi tachi yang sentiasa engaging.
Silibus yang diajar adalah dari bab 1 sehingga bab 10 menggunakan dua buah buku, Marugoto Rikai & Marugoto Katsudou. Kedua buku ini diberikan sekali setelah anda enroll kelas ini.
Bab yang diajar adalah
Ayat Umum
Huruf Bahasa Jepun
Pengenalan Diri
Pengenalan Keluarga
Suka Makan apa
Mahu Makan mana
Rumah Saya
Bilik Saya
Setiap Hari Buat Apa
Hari apa Kamu Lapang
Walaupun kelas ini singkat, namun begitu kelas ini belum melayakkan anda lagi untuk diiktiraf sebagai mahir Bahasa Jepun peringkat A1. Hal ini kerana silibus untuk melayakkan diri ke A1 adalah belajar sehingga bab 18.
Sungguhpun begitu, Tokyo Basic Communication Class tetap relevan diadakan. Ini kerana pada saya, dengan kelas ini kita boleh kenalpasti kebolehan untuk berbahasa Jepun pada peringkat awal tanpa perlu hadiri ujian yang intensif pada akhir kelas.Â
Dengan itu, kita boleh mulakan komunikasi secara asas dengan orang Jepun dengan kelas tersebut dibuat secara santai.
Untuk yuran, Tokyo Basic Communication Class yang saya bayar bernilai lebih kurang RM1500 termasuk dengan dua buku, 10 kali kelas, 2 kali kelas fizikal serta group chat. Bayaran ini juga boleh dibuat ansuran setiap bulan.
Mahal? Pada saya ini adalah pelaburan kemahiran yang berbaloi. Saya kini boleh ke Jepun mahupun berkomunikasi ringkas dengan orang Jepun dengan lancar.
Anda bagaimana? Mahu Cakap Jepun?