'The Social Dilemma', merupakan sebuah dokumentari menceritakan di mana sosial media masa kini menggali lebih dalam tentang diri kita. (Gambar Poster)
'The Social Dilemma', merupakan sebuah dokumentari menceritakan di mana sosial media masa kini menggali lebih dalam tentang diri kita. (Gambar Poster)
3 Mac 2026
DILEMA (MEDIA) SOSIAL
Korang kat kedai dobi menunggu baju selesai basuh, benda pertama yang akan korang buat selepas itu pastinya duduk dan membelek media sosial.
Itulah yang aku rasa bila aku mendengar dokumentari Netflix bertajuk 'The Social Dilemma' masa tengah melipat baju tempoh hari. Sambil tangan sibuk menyusun baju, telinga aku pula sibuk menyerap realiti pahit tentang dunia digital kita sekarang.
'The Social Dilemma', merupakan sebuah dokumentari menceritakan di mana sosial media masa kini menggali lebih dalam tentang diri kita sehinggakan mengambil alih identiti dan perasaan menghargai diri pengguna terutamanya kanak-kanak.
Kalau kau tanya aku apa kesimpulan daripada dokumentari tersebut? Jawapan aku ringkas:
"Media Sosial adalah Candu."
Bunyi macam kasar, kan? Tapi itulah realitinya.
Kenapa Candu? Sebab setiap kali kita scroll, setiap kali ada notification 'Like' atau komen, otak kita rembeskan dopamin. Kita rasa seronok sekejap, lepas tu kita nak lagi.
Dalam pada itu, bila aku buka pasal topik A di mana-mana platform media sosial, mesti hantaran seterusnya akan keluar terkait dengan topik A.
Bila aku cari pasal topik B dan fokus kepadanya, topik B pula akan mula naik banyak dalam hantaran dan topik A mula perlahan keluar dari news feed.
Itulah algoritma dan ia lebih kenal kita ini macamana berbanding diri kita sendiri.
Gen Z (lahir pada 1996-2010) adalah generasi pertama yang gunakan media sosial di alam menengah. Mereka adalah generasi yang paling mudah terdedah dengan penyakit kemurungan dan anxiety akibat daripada penggunaan media sosial.
Bila post, tweet, upload sesuatu, kebanyakan pengguna kemurungan sebab tak dapat likes pada hantarannya.
Solusinya turunkan sahaja jangkaan kita kepada dapat satu like pun cukuplah. Kadangkala dapat 2 3 likes daripada friendlist(lagi-lagi pula xkenal pun irl) pun sudah memadai untuk berasa puas hati berbanding kejar capai 20 likes.Â