Domain (dot) com adalah domain paling umum digunakan di seluruh dunia. Ia adalah singkatan bagi 'commerce'. (Gambar Stok)
Domain (dot) com adalah domain paling umum digunakan di seluruh dunia. Ia adalah singkatan bagi 'commerce'. (Gambar Stok)
9 Febuari 2026
DOMAIN ADALAH KUNCI KEPADA LAMAN WEB
Apabila Kad Pengenalan Diri adalah identiti bagi diri maka Domain pula adalah identiti bagi laman web yang kita bina.
Tak daftar Domain laman web takkan wujud dalam Internet. Dia adalah kunci untuk wujud di Internet.
Untuk wujudkan Domain, kita kena beli dari mana-mana syarikat yang tawarkan khidmat laman web macam Exabytes, Hostinger dan sebagainya.
Saya membeli Domain dari Exabytes yang mana mereka adalah syarikat penyedia laman web tertua di Malaysia. Wujud sejak Internet mula tiba di tanah air.
Membeli Domain sangat mudah. Hanya perlu bina nama laman web kita lalu pilih domain apa yang dimahukan (.com, .my., .com.my dan lain-lain)
Setelah itu pilih berapa lama hendak langgan. Langganannya dikira berdasarkan tahun jadi taklah terasa sakit untuk melabur.
Kalau masih rasa mahal carilah domain yang murah. Kalau tak mampu juga pergilah cari kerja dulu... Saya beli pun setelah ada modal.
Bagi Exabytes, kita perlu daftar sebagai ahli terlebih dahulu supaya kita ada akses untuk uruskan Domain kita.
Sekiranya ada sebarang masalah boleh hubungi mereka di chat yang tersedia di laman mereka.