Kalau nak lapor sebarang kes, hendaklah datang ke balai.
Gambar sekadar contoh.
Kalau nak lapor sebarang kes, hendaklah datang ke balai.
Gambar sekadar contoh.
23 Jun 2025
ISU 3R: BAGAIMANA NAK LAPOR?
Dalam lebih kurang 3 bulan lepas ketika isu rumah ibadat haram hangat diperkatakan, saya pernah pergi ke balai polis untuk buat laporan 3R bagi mendakwa seorang netizen yang menghina agama.
Akan tetapi polis tidak terima sebarang gambar screenshot sebagai bukti. Ini kerana pihak polis risau mereka tersalah dakwa seseorang atau barangkali apa yang kita screenshot itu boleh jadi palsu dan rekaan semata.
Justeru apa yang pihak polis sarankan kepada saya apabila hendak buat laporan berkait 3R ini adalah dengan cara berikut:
Salin link posting/posting yang ada komen menghina
Mulakan screen recording
Rakam keseluruhan kenyataan hinaan tersebut lalu pergi ke profil penghina dengan tekan pada namanya/gambar profilnya
Rakam nama penghina serta gambar profilnya
Tamatkan rakaman
Pergi ke balai polis
Buat laporan serta lampirkan link posting dan bukti rakaman tersebut
Pegawai penyiasat akan uruskan kes ini
Tindakan polis:
- Setelah polis terima banyak laporan terhadap individu yang sama maka kes akan dibuka
- Berdasarkan link dan bukti rakaman screen recording yang diberi pengadu, polis akan trace alamat penghina
Ini adalah contoh cara nak screen recording:
https://fb.watch/ysI_uzIvUj/