Rejection adalah sesuatu yang perlu kita jangkakan untuk berlaku. Jangan dinafikan ia.
Rejection adalah sesuatu yang perlu kita jangkakan untuk berlaku. Jangan dinafikan ia.
24 Julai 2025
LOSERS FEAR REJECTION WINNERS FEAR REGRET
Satu ayat pendek, tapi cukup mendalam. Ayat ini saya dengar ketika menyertai satu program pembinaan karier.
Dalam hidup dan kerjaya, kita semua akan melalui fasa ditolak. Permohonan kerja tidak berjaya, idea yang kena reject, proposal yang tidak diterima, atau suara yang tidak didengari. Penolakan itu memang pedih.
Tapi ada sesuatu yang lebih menyakitkan daripada ditolak:
Perasaan kesal kerana tak mencuba.
Ramai yang takut bertindak kerana bimbang gagal. Bimbang dikecam. Bimbang tak cukup bagus. Tetapi dalam diam, mereka memikul satu beban yang lebih berat—soalan yang menghantui:
"Bagaimana kalau aku buat dulu? Mungkin hasilnya berbeza..."
Bukan semua perkara akan mendapat sambutan. Tetapi keberanian untuk terus mencuba, itu yang menonjolkan kita. Orang takkan ingat siapa yang ‘perfect’, tapi mereka ingat siapa yang konsisten dan berani mencuba.
Sekarang ini pun saya tengah berusaha membina.
Kadang kala, kita hanya perlu melangkah walaupun tak pasti. Takut itu biasa, tapi jangan sampai takut itu membunuh potensi.
Kita lahir untuk jadi sempurna,
Kita lahir untuk berusaha jadi versi terbaik diri kita sendiri.
Agama malah suruh kita menjadi versi yang terbaik.
"Losers fear rejection, winners fear regret."