Kesihatan tak tunggu sesiapa. Lagi lambat periksa, lagi besar risiko. (Imej Janaan AI)
Kesihatan tak tunggu sesiapa. Lagi lambat periksa, lagi besar risiko. (Imej Janaan AI)
29 November 2025
MENGUBAH MINDSET WARGA EMAS: PEMERIKSAAN BERKALA BUKAN TANDA LEMAH
Ramai warga emas cenderung untuk abaikan kesihatan mereka sendiri.
Banyak penyakit dikesan lewat bukan sebab tak ada kemudahan, tapi sebab tak pergi periksa.
Padahal, di Malaysia kerajaan dah sediakan banyak inisiatif:
- Pemeriksaan kesihatan RM1
- Subsidi ubat
- Rawatan asas murah
- Akses mudah ke klinik kesihatan kerajaan
Kalau nak bandingkan dengan 'first world country' macam USA, naik ambulans sahaja sudah ratusan hingga ribuan dolar.
Kita jauh lebih beruntung cuma ramai belum memanfaatkan peluang ni.
Kesihatan tak tunggu sesiapa. Lagi lambat periksa, lagi besar risiko.
Ada satu hadis yang mengingatkan:
“Sesungguhnya tubuh badan kamu mempunyai hak ke atas kamu…”
(Riwayat al-Tarmizi, 36:111)
Maksudnya jaga badan adalah tanggungjawab. Tubuh yang Allah amanahkan ini ada hak untuk dijaga, dirawat, dan dihargai.
Kalau kita sayang mak ayah kita, ingatkan mereka:
Pergi check-up bukan tanda lemah tetapi tanda menunaikan hak tubuh yang Allah beri.
Dan kalau kita sendiri pun jarang buat pemeriksaan
mungkin ini masa untuk kita mula langkah pertama.
Saya sendiri akui juga bila kadang-kadang bila tak sihat saya tak nak pergi checkup. Dah rasa teruk baru nak pergi berubat.
10 Oktober lepas saya baru buat medical checkup
Alhamdulillah keputusannya sihat walafiat
Jadi anda pula?