1 Jun 2025
MISI MENCARI SYURGA: PENAMAT PLOT UTAMA MISI
Berlangsung selama 15 tahun sejak 2010, Siri MISI merupakan siri komik+novel paling lama diterbitkan di Malaysia yang dihasilkan oleh anak tempatan, Afiq Salam & Nazry Salam
Mereka membina sebuah idea melalui karya bersiri yang memberikan nilai positif kepada para pembaca khususnya buat kalangan pelajar sekolah yang kini kebanyakan daripada mereka sudah bekerjaya.
Melalui Siri MISI jugalah, ramai karyawan kreatif, penulis mahupun pelukis diberikan peluang menunjukkan bakat mereka hasil daripada sikap keterbukaan untuk bekerjasama oleh tuan pengasas. Justeru, tidak hairanlah terdapat pelbagai gaya penceritaan serta gaya lukisan yang berbeza-beza di bawah MISI.
Terdapat lebih kurang 30 karya komik beserta novel yang dihasilkan di bawah Siri MISI.
Plot Utama MISI mengisahkan gelagat 6 pelajar menempuh kehidupan. Dari mereka sekolah menengah sehingga ke alam dewasa. Kisah mereka bermula dari Misi 8A dan tamat pada Misi Mencari Syurga.
Walaubagaimanapun dari kata penulis, Siri MISI tetap berjalan cuma kisah utama tentang 6 pelajar sebagai watak utama ini telah tamat.
Siri MISI yang terbit selepas ini hanya fokuskan kepada watak sampingan sahaja. Watak yang 6 ini kalau ada pun sekadar wujud sebagai cameo sahaja.
Terdapat karya dalam siri tersebut yang hanya khususkan kepada salah seorang daripada mereka sahaja yang mana ia memberikan pembinaan karakter yang mendalam buat mereka lantas menjadikan Siri MISI terus berkembang lagi dekat dihati pembaca.
-----
Review saya akan Misi Mencari Syurga yang ringkas setelah membaca selama lebih 4 jam dalam satu hari: sediakan tisu kalau anda kuat beremosi kerana banyak plot sedih. Awal2 cerita sudah sedih.
Review panjang pula, pembinaan plot pada awal 90% cerita sentiasa menyentuh hati. Kadang rasa hiba ada juga.
Plot 10% terakhir pada saya agak rushing & dragging kerana disangkakan akan tamat pada satu babak itu tetapi penulis memperpanjangkan ia kepada babak yang lain. Apapun ia masih a great ending.
Untuk pengisian nasihat dan maklumat, pada saya on point buat kita sebagai seorang pendosa yang dambakan syurga.
Rating overall untuk novel lebih 400 muka surat ini saya berikan 9/10. Sangat berbaloi dibaca buat pembaca MISI.
Bagi pembaca baru disarankan paling kurang baca siri MISI yang awal2 untuk kenal watak2 terlebih dulu.
Terima kasih tuan Nazry Salam atas karya ini. Bukan mudah untuk menamatkan sebuah cerita yang telah berlangsung lama.
Akhir kata dari saya, walau apa jua sekalipun, hatta dah tahu bila kita mati, Hidup Mesti Ber-MISI!