Remote job merupakan aturan pekerjaan yang di mana suatu tugas itu dilakukan di rumah, ruang kerja co-working, kafe atau di mana-mana sahaja asalkan ada capaian perhubungan seperti internet. (Gambar stok)
Remote job merupakan aturan pekerjaan yang di mana suatu tugas itu dilakukan di rumah, ruang kerja co-working, kafe atau di mana-mana sahaja asalkan ada capaian perhubungan seperti internet. (Gambar stok)
15 Mac 2026
REMOTE JOB: KERJAYA GAYA GEN-Z
Remote job merupakan aturan pekerjaan yang di mana suatu tugas itu dilakukan di rumah, ruang kerja co-working, kafe atau di mana-mana sahaja asalkan ada capaian perhubungan seperti internet.
Ianya merupakan sebuah gaya pekerjaan yang kontradik dengan gaya tradisional yang lebih berpusat. Remote job telah lama diadakan di dunia Barat.
Cuma dalam 7 tahun lepas, remote job ini baru dikenali di Malaysia. Hal ini kerana pada zaman pandemik Covid-19 seluruh dunia dengan segera mengadaptasi gaya kerja work from home yang mana ia serupa dengan konsep remote job.
Masyarakat Gen-Z (lahir 1996-2010) adalah masyarakat yang cenderung untuk mengadaptasi gaya kerja remote job kerana kebanyakan mereka menyedari adalah tidak berbaloi sama sekali untuk adakan sikap berikut terhadap suatu syarikat:
Kerja lebih masa dengan 'ikhlas'
Bekerja walaupun ketika itu sedang bercuti
Mengambil pendekatan 'Layan syarikat macam Keluarga'
Lantaran itu mereka memilih untuk berikan khidmat sekadar apa yang dibayar. Dengan itu kita boleh nampak warga Gen-Z ini sanggup memilih kerja dalam ekonomi gig yang lebih fleksibel masanya berbanding kerja '9 pagi - 6 petang'
Selain berkerja dalam Grab, Foodpanda, Lalamove dan sebagainya, berikut adalah 10 laman yang menyediakan remote job di seluruh dunia yang memberikan upah dalam USD:
1. Upwork – Pasaran freelancer yang besar buat penulis, pereka bentuk, pembangun, pemasar dan banyak lagi.
2. Fiverr – Menjual servis mikro serendah $5. Bagus untuk ahli kreatif, pengalih suara, penulisan dan pemasaran.
3. Toptal – Platform premium untuk freelancer terkemuka dalam teknologi, reka bentuk dan kewangan. Diperiksa dengan teliti.
4. FlexJobs – Penyenaraian remote job yang fleksibel, tersusun dan bebas penipuan merentas semua industri.
5. We Work Remotely – Remote job berkualiti tinggi buat pembangun, pemasar, penulis dan sokongan pelanggan.
6. Remote OK – Remote job tersenarai untuk teknologi, reka bentuk, pemasaran dan kerjaya pelanggan.
7. PeoplePerHour – Menghubungkan freelancer dengan klien yang memerlukan khidmat mengikut jam mahupun projek.
8. Freelancer – Pasaran freelance secara bidaan buat pembangun, pereka dan penulis.
9. Guru – Menawarkan freelance gig buat profesional dalam pengaturcaraan, penulisan, pemasaran, dan banyak lagi.
10. Remotive – Senarai remote job dikemaskini secara mingguan buat startup and syarikat mesra freelancer.